Datin Erny ♥

Follow|Home
Thursday, May 14, 2015 | 12:18 AM | 3 comments
Assalammualaikum uolss semua. I nak promote baju geometric kurung ni memang tengok macam terlajak laris. Dah la murah, bawah Rm100 tau tak!!! Meh kita belanja 1 pic







meh la whatsapp erny sekarang sebelum stock habis ye... muah ciked



Monday, May 11, 2015 | 5:13 AM | 0 comments

Assalammualaikum smua hahahahaha. Dapat tag dari kak hjr lah pulak pasal giveaway buku fixi. Ah mcm tau tau je aku suka membaca sekarang ni :'( menangis wey bukan membaca apa pun membaca puisi yang puitis yang boleh kuatkan semangat balik.. Macam thefaizibrahin, coretan matluthfi. Selebihnya aku suka google je sebab aku tak rajin beli buku online tapi kalau baju online rajin hahahahahahahahaha. 

Betul, sebenarnya coretan mcmni la kadang-kadang menguatkan kita balik.. Sebab dekat parit buntar tak ada buku-buku macam ni. Susah baqhang nak cari. Kalau novel tu aku beli la kalau tajuk dia best, tapi aku baca smpai muka surat 1++ saja lepastu aku tak baca dah. Sebab boring laaaa. Nak tengok cerita je la hiks. 

1 more interesting about fixi is aku baca banyak feedback yang hebat-hebat ah. Tak ada feedback yang menjatuhkan. So, membuatkan aku interesting untuk tahu wey. hiks ni jelah...

Tag:

Nia
Adda
Ee



Saturday, May 9, 2015 | 9:18 AM | 1 comments
Assalammualaikum. Sehat ek semua? 10/5/2015 hari ibu kan ramai yang wish. Before ni kecoh pasal tak boleh nak sambut la apa la... Oh tu takpe la... Tak kisah pun. For me hari ibu tu hari-hari memang hari ibu. Tahu sebab ape? Ala semua mesti tau punya, ibu kita kan. Dia la segala-galanya. Tanpa dia siapalah kita. Aku dapat rasa susah ibu bila nak jaga kita, besarkan kita. Ye, aku akui la dulu aku pun melawan cakap ibu, nak itu nak ini tak dengar cakap dia. Sekarang ni bila aku meningkat dewasa aku lebih memahami perasaan ibu.

Kau tahu tak susahnya dia nak besarkan kita cari rezeki kerja siang malam. Dah pencen pun dia masih buat kerja jual kuih untuk tampung anak-anak yang masih bawah tanggungan dia. Yang paling aku bangga sekali masa kerja office dulu subuh-subuh dah keluar sebab dia pergi kerja naik bas kan ofcourse subuh dah keluar then sampai station mama kena jalan kaki ke tempat kerja. Balik sampai rumah maghrib then dia siapkan makanan malam dan kemas rumah. Dia cuma ada masa rehat waktu tidur je. Semata-mata tidur. Sabtu ahad pula dia buat kerja rumah kemas rumah masak tengah hari ptg dan malam. Buat kerja macam-macam yang tak pernah selesai...

Disamping semua kerja yang dia buat tu pasti ada dugaan yang tak pernah henti kena. Ujian Allah untuk seorang isteri. Aku dari kecil dah dihadapkan dengan macam-macam dugaan :') lepas satu satu menimpa. Tapi aku salute mama sebab sabar dia sangat tinggi dan sabar dia hingga ke saat ini.. Allahuakbar. Aku rasa mama aku la paling hebat dan tak ade dalam dunia ni mcm dia :') tersangat sangatlah kuat..

Setelah bertahun-tahun kerja dan sampai saat dia pencen. Mungkin dia akan duduk rumah dan rehat. Rupanya tidak. Dia masih menjaga cucu-cucunya. Cucu ramai jaga semua tapi tenaga satu. Mana nak jaga cucu-cucu mana nak masak untuk anak dan suami untuk makan tengahari mana nak masak untuk anak yg balik dari sekolah mana nak kemas dapur lagi. Ya Tuhan! Mana nak sidai baju lagi.. Anak? Semua dah kahwin tinggal aku sorang dgn abg yang masih belajar dulu dan aku busy dengan sekolah dulu. Semua mama buat. Aku masih tiada perasaan sedih malah kesian.

Sampai aku umur remaja meningkat naik aku mula fikir pengorbanan mama. Sebab? Mungkin Allah beri hidayah untuk aku. Alhamdulillah. Aku rasa seakan aku sudah berfikiran matang.. Aku betul-betul rasa bersalah. Dan aku tebus segalanya setelah aku berasa hidayahNya.. Bersyukur dapat mama macam ni. And bila aku dah nak pergi sambung belajar ni aku tetapkan pada diri aku kena belajar bersungguh-sungguh untuk aku beri kebahagiaan pada mama, balas balik. Aku beli satu rumah kita duduk bersama dan saat tu mama tak perlu buat kerja apa lagi dan hanya tumpu pada ibadat. Cukup buat aku gembira.


Ibu kau mengandung 9 bulan
sampai engkau melahirkanku dengan susah paya
engkau merawatku sampai aku tumbuh besar
engkau juga merawatku tampa pamri
dan engkau juga merawatku dengan penuh kasih sayang

Ibu kau mengajariku berjalan sampai aku bisa berjalan
engkau juga mengajariku berbicara sampai aku bisa
Ibu kau bagaikan malaikatku
dikala aku sedih engkau selalu ada untuk menghiburku

Ibu.. aku juga merasa engkaulah pahlawanku
setiap aku kesusahan engkau selalu ada untuk membantuku
Ibu... bekerja keras
untuk menafkahiku
ibu... terima kasih atas pengorbananmu
yang engkau berikan kepada ku
Ibu...


Hargai la mama mama anda semua. Sebab diaorang paling tabah dalam dunia ni... Betul! Kau duduk sejenak dan kau fikir la balik apa yang diaorang dah buat untuk kita. Betul. Kau duduk diam je dan kau fikir saat dorang sedih... Mesti kau akan rasa sebak!

Love you ma :)